Jalan kehidupan seorang yang pendiam macam aku ..
Sangat perit dari semasa ke semasa ..
Tapi dipendam selagi masih ada ruang yang terselit dihati ..
Aku cuba untuk bangkit semula untuk menjadi seorang yang ceria, sentiasa senyum bagaikan tiada apa yang menentang aku untuk memberontak ..
Aku cuma insan yang sentiasa berada dalam ruang yang sempit diminta dilepaskan ..
Banyak yang dipendamkan ..
Setiap hari ada sahaja yang menindih hati ini ..
Bagai diminta diluahkan ..
Tapi tiada sesiapa yang sudi mendengar dari aku yang seperti ini ..
Aku hanya seorang insan yang tiada tempat mengadu ..
Hanya minta belas kasihan dan simpati dari orang untuk memahami diri ini ..
Diri ini bagai tiada jalan kehidupan yang perlu diteruskan ..
Hanya berdiam diri ..
Menanti untuk disuap ..
Disuap dengan kata2 yang boleh memberi aku semangat .. Tapi semua itu hanya sekadar angan angan seorang insan yang tiada hala tuju ..
Setiap hari hati ini memberontak ..
Memberontak diminta dibelai dari seseorang yang betul betul memahami diri ini ..
Bukanlah dibelai bagai anak kucing tapi dibelai bagai seorang insan yang inginkan semangat baru dalam hidup ..
Aku cuba untuk mencari apa yang aku inginkan sebenarnya ..
Dengan harapan yang tinggi dari aku ..
Aku cuba untuk bertahan menjalani perjalanan kehidupan yang semakin merundum bagaikan mencari jalan yang tiada jalan keluar ..
~end~
Friday, 16 May 2014
Jalan hidup seorang yang pendiam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment